Tuhan Ada

Bismillahirrahmanirrahim





Even if you're scared, be brave.
Speak even if your voice shakes.
Stand even if your knees quake.
Smile even if your heart ache.

- M.K


"Apa yang kau rasa saat ini?"

"Entah, aku sepertinya sudah lemah, selemah-lemahnya."

"Mengapa kau mengatakan begitu, sedangkan kau masih punya Tuhan?"

"Ya, aku tahu. Tapi, aku.."

"Kau jangan pernah mengalah kerana Tuhan sentiasa ada. Apakah kau mahu mengatakan Tuhan tidak membantumu?"

"Pada awalnya, aku ada terfikir begitu. Aku, takut. Aku takut aku tak mapu bangkit lagi."

"Jangan lupakan Tuhan, kau lupakah tentang segala pertolongan-Nya buat kita? Tuhan beri semua nikmat untuk kita. Tuhan bantu kita saat sukar. Nah, tika inilah kau perlu memperbaiki hubunganmu dengan-Nya!"

"Ya, mungkin hubunganku dengan-Nya makin pudar tatkala aku merasa senang. Terima kasih, sahabat! Aku mahu dan perlu berubah!"

"Nah, itulah sahabatku. Bangkit kerana Tuhan. Dia ada disisimu. Luahkan saja segalanya pada Dia, okay?"

*saling tersenyum*


Kadang, manusia sering melupakan Tuhan tatkala kesenagnan dicapai.
Namun, bila tibanya saat sukar meraba-meraba mencari Tuhan.

Jika kau jatuh, kau bangkitlah semula kerana Dia. 
Jika kau merasa perit, kau tersenyumlah kerana Dia kan membantumu.


Jatuh, bangkitnya kita, Tuhan melihat dan mengetahui. Jangan kau jatuh dan terus rebah. Jangan kau persiakan pertolongan Dia yang ada di sekelilingmu. Jangan kau menjauh dari Dia. 

Dia tetap denganmu. Selangkah kau mendapatkan Dia, Beribu langkah Dia mendapatkanmu.



---
Beberapa hari ini, sepertinya aku ingin terjatuh. Mujur, ada yang mengingatkan kerana Allah. Alhamdulillah.  

4 comments: