Bahagia-Pelangi

Bismillahirrahmanirrahim




Sungguh, bahagia itu pasti.
Akan sentiasa menanti di akhir duka yang dialami.

Hari-hariku masih lagi punya duka, tetapi sentiasa Tuhan beri aku kekuatan, ketabahan dan kesabaran.



Sungguh, bahagia itu pasti.
Setiap titisan hujan yang Tuhan turunkan adalah untuk menghadirkan sang 'Pelangi'.


Demi Tuhan, bangkitlah. Kerana kebahagian abadi menantimu.



Tuhan,
Terima Kasih.


Kerana-Mu memberi aku ujian dalam gembira, kehilangan dalam memiliki.
Sungguh, setiap kesukaran, kepayahan, kesusahan, keletihan, kepenatan yang Kau beri, memberi aku kebahagiaan.

Kerana aku, ada-Mu.


Berulang-ulang kali dalam Surah Ar-Rahman.
Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?

Senyum.

Aku mula melihat pelangi. Yang Kau selitkan pada hari hujan.
Kebahagiaan yang kau beri disebalik ujian dan dugaan.




알라 신 께서 우리와 함께있는 동안 때문에 당신이, 절망하지 않습니다에 계속해서 이동 할 수 없습니다 것 같다 생각하면, 희망을 잃지 않습니다.

"Adapun kita rasa kita sudah tidak mampu meneruskan langkah,
jangan berputus asa, jangan tinggalkan impian, 
kerana Allah selalu ada bersama kita." 




---
Aku percaya, kamu? Ayuh, Pelangi menanti kita.

2 comments:

  1. Aku juga punya kebahagiaan yang ku impi :')

    ReplyDelete
  2. Teruslah, mencari kebahagiaanmu daripada Tuhan. Semua manusia berhak bahagia, cuma perlu sedikit kesabaran :)

    ReplyDelete