Awal Januari,
perempuan ini berharap sesuatu yang membawa bahagia.
Mimpi-mimpi dan impian penuh kecintaan
Untuk hari-hari baru.
Pertengahan Januari,
Perempuan ini masih kuat berharap.
Dengan yakin adanya Tuhan
Harapan itu datang dengan simulasi yang sangat indah.
Momen bahagia,
yang diharap terjadi.
Dek yakin Tuhan sentiasa mendengar.
Momen bahagia bersama yang disayangi si perempuan.
-- teman, sahabat, telah pulih.
Hadir pula seseorang yang menyentuh,
qalbu si perempuan.
Akhir Januari,
perempuan ini berharap Februari membawa sinar
terus hingga ke kelopak disember.
No comments:
Post a Comment