"Everyone has a story to tell. There’s a reason why they are the way they are. So, before you start talking, please look in me, in my eyes of words, where I pour everything that crippling up inside my only heart that still beating alive. There will be some connections between our lines where we could meet up at some point, understand each other. Spread the love that once we had. Stay safe & stay alive."

Ujian Itu

Bismillahirrahmanirrahim



2243 - 8 Muharram 1434h



"Bahagia bukan bermakna hidup kita tidak diuji, tetapi paling tidak kita memiliki seseorang untuk berkongsi dan bersama menghadapinya serta menyedari Allah sentiasa bersama disepanjang ujian itu.." - Ibnu Mussal.


Kadang-kala kita merasakan dunia ini tidak adil.
Hanya kerana derita yang kita alami.
Kita tidak pernah pula melihat kesengsaraan orang lain.


Mungkin ada yang lebih berat deritanya.

"Jangan melihat orang yang berada diatas kita, lihatlah mereka yang dibawah barulah rasa syukur itu ada. Jangan pernah merungut dengan ujian yang datang setimpal, gembiralah kerana sabar itu indah ganjarannya." - Ummi.


Kata-kata itu kerap diulang.
Ya, kita cuma manusia biasa, aku akui sifat pelupaku.
Kau juga seorang yang pelupa, kerana itu aku datang mengingatkan.


Tukar persepsi kita yang lama; Ujian = Rebah. Jadikan ia; Ujian = Bangkit semula.
Mudah kan? 






---
Setiap ujian itu ada jalan penyelesaiannya. Allah tidak akan membebani hamba-Nya melainkan daripada kesanggupannya (tidak akan melebihi kesanggupannya). [2:286]


No comments:

Post a Comment