Bismillahirrahmanirrahim
0049 -2 Zulhijjah 1433
[Hujan]
Kita bersebelahan.
Tiada istilah siapa di hadapan dan siapa yang ditinggalkan.
Dia kata,
"Kau berubah dan merubah, membuat aku mahu kehadapan melangkah seiringan."
Aku kata,
"Dalam diam aku cemburu dengan kau yang sudah jauh berjalan. Membuat aku mahu mengejar kau bersama-sama ke akhir garisan."
Hakikatnya,
Langkah kita sama.
Langkah kita sekata.
Langkah kita seirama.
Tiada langsung bezanya.
Di hadapan Dia, kita tetap hina.
Tiada apa-apanya.
Kita sama-sama berjalan kehadapan.
Sama-sama menimba pengalaman.
Sama-sama mencorak kehidupan.
Sama-sama mencari Allah.
---
Hakikatnya kita adalah hamba-Nya. Hamba kepada Allah yang Esa. {Roses:4}
No comments:
Post a Comment