Mengertilah

Bismillahirrahmanirrahim


1550 - 14 Zulhijjah 1433h


"Perempuan sombong!"
Begitulah ungkapanmu,
Melukai hatiku,
Tak bisa mengubahku,
Aku tetap aku.


"Perempuan sombong!"
Biar apa katamu,
Biar apa tohmahanmu,
Kubalas doa sejernih salju,
Moga diampuni Yang Satu.


"Perempuan sombong!"
Itu yang terzahir,
Pengertiannya tak lahir,
Kau pasti takkan mengerti,
Sombongku kerana Ilahi.


Mengertilah
Sombongku bererti sayang,
Sayang yang kumaksudkan,
Bukan sepertimana takrif kebanyakan,
Sayangku berpijak di landasan Tuhan.


Mengertilah
Aku mahu kau bangkit berdiri,
Menjadi lelaki berkeperibadian tinggi,
Tidak tertipu dengan tipuan duniawi,
Apalagi fitnah wanita yang meracuni.


Mengertilah
Sombongku bukti sayangku,
Pada lelaki bernama Adam,
Agar kau bangkit dari kelalaian itu,
Agar perjuanganmu tidak padam.


Mengertilah
Aku tidak mahu kau terus tertipu,
Dengan gejolak cinta dan nafsu,
Pada seseorang wanita sepertiku,
Hingga kau lupa amanah beratmu.


Mengertilah
Izinkan aku terus begini,
Menjaga maruah dan peribadi,
Agar bukan aku fitnah lelaki,
Apa yang akan ku jawab di sana nanti,
Sekiranya aku penyebab kelalaian ramai lelaki.


Mengertilah
Aku tidak ingin kamu merampas ketenangan diri ini,
Pergilah kamu membawa panji-panji,
Mengegarkan dunia untuk menyelamatkan Agama Ilahi,
Bahkan meneruskan perjuangan Rasul yang kita cintai.


Mengertilah
Aku bertindak begini kerana ingin memelihara hati.
Agar kau tidak lalai lagi,
Itulah bukti sayangku pada lelaki.
Semoga kau benar - benar memahami.











---
Kami memahami perubahan bukanlah senang. Bukanlah mudah. Tetapi kami juga mengetahui, perubahan bukanlah mustahil. Maka yang penting bagi kami adalah kami bergerak. Bergerak untuk mengubah diri.



“Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. {Surah Ali-Imran ayat 159}


Bila sudah berazam, maka kami berusaha dalam tawakkal. {Roses :11}

1 comment: